CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 4 Ogos 2015

heellloooo

Sabtu, 1 Ogos 2015

MARI BERIADAH 

Berdasarkan gambar di atas bina ayat tunggal bagi kebaikan setiap permainan.


1. bola sepak
2. tenis
3. papan luncur
4. lompat tali

Isnin, 22 April 2013


Latihan 7


Assalamualaikum dan salam sejahtera murid-murid. Sila siapkan latihan kata kerja di bawah dan hantar pada cikgu pada hari Selasa iaitu 26 Mac 2013.



Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.


1. Susan teringat akan adiknya.
2. Dila bermain di tengah padang.
3. Kami membaca buku di bilik.
4. Kunci kereta itu sudah kau ambil?
5. Ibu memasak bubur di dapur.
6. Amin jatuh kerana amat letih.
7. Buku itu sudah ku baca.
8. Dia diberi wang oleh ayahnya.
9. Baju baru itu akan saya pakai besok.
10. Razali memperkenalkan kawannya kepada saya.

Selamat menjawab!





LATIHAN 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera murid-murid. Cikgu tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari. Oleh itu, cikgu minta agar kamu semua menyiapkan latihan di bawah dan hantar pada cikgu pada hari Rabu (20 Mac 2012)


Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.



1.Nenek Salmah bercerita  menangis.
2.Esok  lusa kami sekeluarga akan balik ke Perak.
3.Cikgu Rahmat nampak garang  baik hati.
4.Encik Fahrin  isterinya di undang untuk menghadiri majlis perkahwinan itu.
5.Maria masuk ke dalam bilik seminar itu  duduk di barisan depan.
6.Saya berharap  saudara tidak marah atas nasihat tersebut.
7.Eng Foo Wah menunggu adiknya dari pagi  malam.
8. menunggu padi masak, Pak Abu menanam jagung.
9.Pelajar itu beroleh kejayaan  dia berusaha dengan bersungguh-sungguh.
10. tidak dapat datang, telefonlah saya dengan segera. 


Selamat menjawab!






Selasa, 29 Januari 2013



LATIHAN 5

Simpulan Bahasa

Sila isi tempat kosong di bawah ini dengan simpulan bahasa berikut:


ringan tulang        mata pencarian        titik peluh 

              besar hati                  rambang mata


1. Emak Ali berasa ……………………. apabila melihat anaknya rajin belajar and berkelakuan baik.

2. …………………………nya sebagai seorang nelayan bukannya senang. Bila cuaca hujan, kuranglah rezekinya.

3. Dia berasa gembira apabila mendapat wang hasil …………………….. nya menjual sayur-sayuran.

4. Pak Abu memang adalah seorang yang …………………….. , pagi-pagi lagi sudah pergi bekerja di ladang getah untuk menyara kehidupann keluarganya.

5. Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu .................................. sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.




Selasa, 15 Januari 2013


LATIHAN 4

Tatabahasa

Arahan : Berdasarkan bahan rangsangan di bawah, analisis nilai-nilai murni dan nilai-nilai yang tidak baik yang diamalkan oleh Sang Kancil. 




Sila buat latihan dalam buku Latihan 1 dan hantar kepada Cikgu Nurul pada hari Khamis, 16.01.2012.

Rabu, 9 Januari 2013


Latihan 3

Tatabahasa

Arahan: Berdasarkan bahan rangsangan dibawah sila bina tiga ayat tunggal. Senaraikan empat pengajaran berdasarkan dialog dalam bahan rangsangan.



Sila buat latihan dalam buku Latihan 1 dan hantar kepada Cikgu Nurul pada hari Khamis, 12.01.2012.


About Me

Foto Saya
nurulhusna
semenyih, Selangor, Malaysia
Lihat profil lengkap saya