CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 9 Januari 2013


Latihan 2

Nilai-nilai murni

Arahan: Berdasarkan pantun di bawah, tuliskan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun tersebut.


Budak-budak berkejar-kejar 
   Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar            
  Tentu kita akan berjaya    

Jangan pergi mandi di lombong          
   Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
   Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
    Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
    Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti   
   Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati            
   Kerja yang susah menjadi senang



Sila buat latihan dalam Buku Bahasa Malaysia dan hantar kepada Cikgu Nurul pada hari Khamis, 12.03.2012.


0 ulasan:

Catat Ulasan

About Me

Foto Saya
nurulhusna
semenyih, Selangor, Malaysia
Lihat profil lengkap saya